Wednesday, October 20, 2010

WAHAI MANUSIA! SIAPAKAH KAMU?

Firman Allah SWT dalam Surah al-Infithar: ayat 6-8 :  

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡڪَرِيمِ (٦) ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّٮٰكَ فَعَدَلَكَ (٧) فِىٓ أَىِّ صُورَةٍ۬ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ (٨

"Hai manusia! apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadiaan kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu.”

Tuesday, October 19, 2010

AR-RASUL QUDWATUNA - RASULULLAH S.A.W. ADALAH IKUTAN KITA

MUQADDIMAH
 
Tugas para Rasul ialah menyeru, menyedarkan, mendidik dan membentuk manusia agar beriman kepada Allah S.W.T.  atau dengan kata lain, mengajak dan membangunkan keperibadian manusia agar tunduk mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah S.W.T. semata-mata. Tugas atau peranan ini dilaksanakan oleh para rasul terhadap umat masing-masing. Muhammad Rasulullah S.A.W. pula melaksanakannya terhadap seluruh umat manusia. Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nahl ayat 36; 

وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِى ڪُلِّ أُمَّةٍ۬ رَّسُولاً أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَ‌ۖ  
“Dan Kami mengutuskan kepada setiap ummat itu Rasul (yang menyeru)
hendaklah kamu menyembah Allah dan menjauhi taghut.

Sunday, October 17, 2010

BERFIKIR TUNTUTAN ALLAH

Pada hakikatnya kita sentiasa berfikir. Setiap hari sewaktu bekerja kita sentiasa berfikir mengenai pekerjaan kita. Kita berfikir tentang cara untuk meningkatkan prestasi kerja kita. Kita berfikir tentang cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Selepas itu, kita berfikir pula tentang cara untuk mengekalkan prestasi yang baik. Akhirnya kita akan berfikir pula tentang cara untuk menghasilkan prestasi yang terbaik. Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti daripada berfikir.

Bagaimanapun, kita akan berfikir dengan lebih serius apabila kita berhadapan dengan masalah, misalnya ketika kita ditimpa musibah, ketika kita kesempitan wang, ketika kita sakit atau ketika kita menghadapi kegagalan. Kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih berat masalah yang kita hadapi, lebih besar juga usaha berfikir yang kita lakukan.

Friday, October 15, 2010

IBADAH HAJI - LATIHAN UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH SWT

“HAMBA-MU datang menyahut panggilan-Mu, ya Allah Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”
 
Musim haji tiba lagi. Talbiah akan terus bergema setiap kali umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi Makkah untuk menunaikan fardu haji, rukun Islam kelima. Makkah sebenarnya adalah nadi masyarakat dunia Islam kerana di sana berdiri megah kiblat umat Islam, iaitu Kaabah.
 
Oleh itu tidaklah menghairankan apabila setiap tahun lebih 2 juta umat Islam dari seluruh dunia, termasuk kira-kira 20,000 umat Islam dari Malaysia, berkumpul di kota suci ini. Allah berfirman yang bermaksud:

“Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji (dengan) mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat suatu pun) dari sekalian makhluk.” (Ali-Imran: 97)

Thursday, October 14, 2010

DUA JALAN

Firman Allah SWT: maksudnya;
“Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan).”(al-Balad: ayat 10)
 
“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggung-jawabkan).” (al-Qiyamah: ayat 36)  

Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya. Firman Allah SWT: maksudnya; “Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya.”
(al-Mu’minun: ayat 115-116)

PENYAKIT-PENYAKIT YANG ADA DALAM JIWA MANUSIA DAN CARA MENGUBATINYA MENGIKUT CARA RASULULLAH SAW

Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut:  
  1. Mensyirikkan Allah SWT.
  2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.
  3. Lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah SWT.
  4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi Allah SWT.

Tuesday, October 12, 2010

PERMASALAHAN SEBENAR

Masalah terbesar
 
Masalah yang dihadapi umat Islam kini bukan sekadar keruntuhan akhlak, kelalaian melaksanakan ibadah khususiyyah, meringan-ringankan pelaksanaan upacara agama atau meniru-niru nilai-nilai asing. Namun masalah terbesar dan utama ialah samada manusia beriman atau tidak kepada Allah dan prinsip-prinsip keimanan yang lain. Permasalahan inilah yang menentukan sama ada Islam dapat terus hidup atau ditinggalkan usang tanpa dipelihara.

MENCEGAH AL-MUNKAR AL-AKBAR DAN MENEGAK AL-MA’RUF AL-AKBAR

Titik tolak da’wah
 
Da’wah Islamiyyah mempunyai matlamat dan jalan yang jelas. Titik tolak da’wah Islamiyyah ialah memerangi mungkar terbesar (al-munkar al-akbar) sekaligus menegakkan ma’ruf terbesar (al-ma’ruf al-akbar). Dengan kata lain peranan da’wah Islamiyah yang utama ialah meruntuhkan jahiliyyah daripada memimpin alam dan menggantikannya dengan pimpinan Allah SWT.

ORANG MUKMIN YANG KENTAL

Firman Allah SWT:
Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Ali Imran ayat 200)

Dalam ayat di atas Allah SWT menghendaki kita bersungguh-sungguh dan bersabar di dalam menegakkan kebenaran. Kita hendaklah memiliki kesabaran melebihi kesabaran musuh-musuh Allah SWT. Kesabaran orang mukmin mengatasi kesabaran orang-orang kafir. Orang mukmin tetap bersabar dalam apa jua suasana. Walaupun musuh-musuh Allah sabar dalam melakukan sesuatu, tetapi orang mukmin lebih sabar daripada mereka. Di samping bersabar orang mukmin juga lebih kuat daripada musuh-musuh mereka.

Sunday, October 10, 2010

AL-QURAN AL-KARIM MENDIDIK UMMAH

Ta’rif al-Quran
 
Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis dalam beberapa naskhah mashaf dan dipindahkan daripada baginda SAW dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya merupakan satu ibadah. Inilah ta’rif al-Quran yang dipersetujui para ulama’ Usul Fiqh dan bahasa.
 
Hubungan al-Quran dan as-Sunnah
 
Kebanyakkan hukum yang diterangkan dalam al-Quran bercorak kulli (tidak secara detail atau terperinci). Peranan as-Sunnah yang merangkumi keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseorang berpegang dan beramal dengan as-Sunnah bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran.

TAUHID AR-RUBUBIYYAH DAN TAUHID AL-ULUHIYYAH (2)

Tauhid al-Rububiyyah menghubungkan Tauhid al-Uluhiyyah

Seperti yang telah dinyatakan di atas, Tauhid al-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam  Rububiyyah. Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian.  

Saturday, October 9, 2010

TAUHID AR-RUBUBIYYAH DAN TAUHID AL-ULUHIYYAH (1)

MAKNA KALIMAH TAUHID

Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT)  semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.
 
Tauhid ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah
 
Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT  bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.

Tuesday, October 5, 2010

WAWASAN DAN KEYAKINAN DIRI SEBAGAI PERSIAPAN JIHAD

MUQADDIMAH
 
Ada dua perkara utama yang perlu diyakini sebelum kita melaksanakan jihad untuk kemenangan Islam. Perkara pertama ialah menyakini wawasan bahawa masa depan adalah untuk Islam. Perkara kedua ialah menyakini bahawa kita ada keupayaan untuk berjihad memenangkan Islam dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kedua-dua keyakinan ini, jihad untuk menegakkan Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan.