Tuesday, January 31, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH ! AKU DIBANGKITKAN LAGI...

Syukurku terhadapmu Ilahi yang masih memberi peluang buat diri ini kembali menikmati kesyahduan malam sepi bersama hati-hati sebahagian para da'ie yang memohon dikurniakan rezeki daripada zat yang Maha Memberi lagi Maha Mengasihi. Disaat ini tika cahaya sang suria masih bersembunyi, maka cahayaMU lah yang kami hajati untuk menyuluh perjalanan yang bakal kami lalui disepanjang perjalanan hidup ini. Inilah rezeki yang paling mencukupi untuk menyara bukan sahaja diri ini malah buat seluruh umat ini. Kami memerlukan hidayahMU, kami memerlukan rahmatMU, kami perlukan inayah dan pertolonganMU, kami memerlukan perhatianMU, kami memerlukan keredhaan dan rahmatMU dan kami memerlukanMU disepanjang waktu. Apalah guna memiliki dunia dan seisinya jika KAU tiada dalam hati kami dan apalah ertinya kejayaan dalam hidup ini jika KAU jauh dari sisi kami.

Saturday, January 21, 2012

WAHAI MANUSIA! TAHUKAH KAMU BERAPA BANYAK DOSA YANG TELAH KAMU LAKUKAN PADA HARI INI?

WAHAI MANUSIA! TAHUKAH KAMU BERAPA BANYAK DOSA YANG TELAH KAMU LAKUKAN PADA HARI INI?. DOSA MATA, DOSA TELINGA, DOSA HATI, DOSA TANGAN, DOSA KAKI DAN PELBAGAI DOSA-DOSA LAIN YANG KAMU SEDARI ATAU TIDAK SEDARI. JUSTERU MULAI SAAT INI, BERUSAHALAH UNTUK MEMPERBAIKI DIRI KERANA ALLAH AMAT MENGASIHI HAMBA-HAMBANYA YANG SELALU BERTAUBAT DAN KEMBALI KEPANGKUANNYA UNTUK MENJADI SALAH SEORANG YANG DIKASEHI.