Monday, September 19, 2011

DIPERJALANAN HIDUP INI...


Diperjalanan hidup ini... tidak semua perkara boleh diingati,
kerana semua yang terjadi akan berlalu bagai mimpi.
Namun ada kalanya mimpi boleh menjadi realiti
buat mereka yang sedar diri, sedar dari lamunan mimpi.

Diperjalanan hidup ini...tidak semua perkara boleh difahami,
kerana semua yang dipelajari akan dilupai bersama alpa diri.
Namun ada kalanya alpa diri mengajar agar berhati hati
mengharungi perjalanan hidup yang penuh dengan onak dan duri.


Diperjalanan hidup ini..tidak semua perkara boleh dinikmati,
kerana semua yang dikecapi boleh bertukar menjadi ilusi.
Namun ada kalanya ilusi bertukar menjadi anugerah Ilahi
buat mereka yang terus mencari, lantas memperolehi dan mensyukuri.

Diperjalanan hidup ini..tidak semua perkara boleh diikuti,
kerana semua yang ditunjuki tidak selamanya boleh diteladani.
Namun ada kalanya demi kepuasan hati kita harus selalu memberi
agar kebenaran menyuluh hati menerangi kegelapan rohani.


Diperjalanan hidup ini..tidak semua perkara boleh dipelajari,
kerana semua yang diketahui menjadikan lebih banyak lagi yang tidak diketahui.
Namun ada kalanya yang tidak diketahui, zahir sebagai laduni
buat mereka yang dipilih sebagai sang kekasih silih berganti.

Diperjalanan hidup ini..tidak semua perkara boleh dimiliki
kerana semua yang dimiliki bukan kepunyaan haqiqi.
Namun adakalanya kepunyaan haqiqi itu bisa jua dikecapi
buat mereka yang matinya diredhai bersama jariah dari bumi.


Diperjalanan ini..tidak semua perkara boleh disembunyi,
kerana semua yang dirahsiakan akan terserlah bersama bukti.
Namun adakalanya bukti itu bukanlah pemutus untuk dipersetujui
kerana disebalik kehidupan ini ada yang telah ditentukan sejak azali lagi.