Tuesday, September 28, 2010

SERUAN UNTUK PEMUDA PEMUDI

WAHAI PEMUDA PEMUDI !

Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa. Dan bersyukurlah diatas nikmat Allah yang paling besar lagi tidak terhingga nilainya. Nikmat berada di atas jalanNya yang benar. Jalan para Nabi dan Rasul Allah. Kita berada di dalam nikmat Islam dengan pilihan Allah. Sesiapa yang menolaknya maka padahlah hidupnya dan akan rugilah dia di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud ;
 
“Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (sistem hidup) maka ia tidak diterima dan dia di akhirat kelak bersama mereka yang rugi.” (Ali Imran: 83)

Monday, September 27, 2010

KESUSAHAN DAN KESENANGAN

Apakah yang menjadi sebab bagi sesuatu tindakan kita? Adakah kita pernah melakukan sesuatu tindakan tanpa sebarang sebab? Percayakah kita bahawa apa juga sebab bagi sesuatu tindakan itu dapat dirumuskan kepada dua kategori iaitu sama ada untuk mengelakkan kesusahan atau untuk mendapatkan kesenangan? Jika rumusan ini benar mengapakah kita perlu memahami persoalan ini dalam konteks kehidupan seorang muslim? Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut, rencana ini akan cuba menerangkan tiga perkara berikut:

  • Apakah yang dimaksudkan dengan mengelak kesusahan dan mendapat kesenangan?
  • Apakah hubungan ‘mengelak kesusahan dan mendapat kesenangan’ dalam kehidupan seorang muslim?
  • Apakah tindakan yang sepatutnya kita ambil.

Sunday, September 19, 2010

KASIH KEPADA RASULULLAH SAW

Tajuk ini berhubung dengan permasalahan aqidah atau keyakinan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sekiranya cacat aqidah ini maka cacatlah iman kita apabila kembali kepada Allah SWT kelak.  Jika sempurna aqidah ini, sempurnalah iman kita di dunia dan di akhirat.
 
SIRAH BERHUBUNG DENGAN KASIH KEPADA RASULULLAH SAW
 
Satu ketika, Rasulullah SAW meminta supaya seorang sahabatnya yang menjadi  tukang kayu menyediakan sebuah mimbar baru. Mimbar lama dibuat daripada batang kurma yang dikerat. Ketika Nabi SAW hendak berucap atau berkhutbah Baginda akan berdiri di atas batang kurma tersebut.

Friday, September 17, 2010

FAKTOR YANG MENENTUKAN KEBERKESANAN PROSES PENDIDIKAN

SESUATU teori pendidikan tidak akan sampai kepada matlamat yang dihajati jika teori atau idea itu tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Keberkesanan itu diukur dengan melihat sejauh mana natijah yang dihajati bertunas dan berkembang dalam diri individu yang dididik.
 
Pendidikan yang tidak berkesan bukan sahaja merugikan tenaga dan wang, tetapi yang dibimbangi ialah menghasilkan  natijah yang bertentangan dengan yang dihajati. Oleh itu marilah kita bincangkan faktor-faktor yang boleh membawa kepada keberkesanan sesuatu proses pendidikan.

Wednesday, September 15, 2010

SISTEM PENDIDIKAN ISLAM UNIK DAN PRAKTIK

RATA-RATA masyarakat manusia hari ini berada dalam keadaan yang mencemaskan. Mereka diseret oleh pelbagai ideologi dan isme tanpa mengetahui haluan hidup sebagai insan di atas muka bumi ini.

Mereka telah dijadikan medan atau bahan percubaan oleh pelbagai sistem pendidikan, politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain tanpa menyedari hakikat sebenar kewujudan mereka sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Isra’ ayat 70-72 yang bermaksud:
 
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."
 
“Ingatlah suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil setiap umat manusia dengan pemimpinnya, dan barang siapa yang diberi kita amalannya di tangan kanannya maka mereka akan membaca kitabnya itu dan mereka tidak dianiaya sedikit pun."“Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”

Tuesday, September 14, 2010

ALLAH JALLA JALALUH

Allah adalah nama yang paling mulia yang telah ditetapkan untuk zat yang tertentu sahaja. Suatu zat yang murni semurni-murninya. Kemurnian yang tidak boleh dilembagakan dengan sesuatu apapun. Dengan-Nya sahajalah manusia beriman. Dengan-Nyalah sahaja manusia berubudiyah. Daripada-Nya manusia  mengenali kehidupan dan kepada-Nyalah mereka kembali. Sama ada mereka bersedia atau tidak, sama ada mereka bersetuju atau sebaliknya.

Dari Mana? Kenapa? Dan Ke Mana?
 
Dalam menghayati kalimah murni ini manusia memerlukan kepada suatu jawapan penyelesaian. Jawapan kepada persoalan-persoalan yang tidak pernah renggang atau jauh daripada minda dan perasaan. Persoalan yang telah timbul sejak dahulu hingga kini, terutama pada saat-saat kesunyian, kekosongan atau ketika lintasan awal mengusik perasaan dalaman mengenai kematian.

PENDIDIKAN ANAK-ANAK : Tuntutan Dan Tanggungjawab

KEDUDUKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM
 
Anak-anak merupakan anugerah serta rezeki kurniaan Allah SWT kepada pasangan suami isteri yang secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Fitrah ini wujud di kalangan muslim mahupun bukan muslim. Bagaimanapun ibu bapa muslim sangat dituntut untuk mengetahui dan memahami nilai kurniaan Allah SWT ini.

Ketidakfahaman dalam perkara ini menyebabkan ibu bapa tidak dapat melaksanakan peranan dan tanggung-jawab mereka, malah mungkin tidak menunaikan hak anak-anak seperti memberi kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya. Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:

Monday, September 13, 2010

PENDIDIKAN ANAK-ANAK BERASASKAN ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM: PENJELMAAN SIFAT ISLAM YANG SEMPURNA DAN MENYELURUH

Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang pendidikan Islam, adalah lebih wajar kita memahami hakikat dan sifat din ini. Islam adalah ciptaan Allah SWT dan diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya melalui Rasulullah SAW. Islam diturunkan dengan lengkap dan sempurna untuk memimpin manusia melaksanakan ubudiyah sepenuhnya kepada Allah SWT. Din ini telah direalisasikan serta dihayati dengan sempurna oleh Rasulullah SAW bersama-sama generasi yang pertama di dalam kehidupan individu mahupun kehidupan bermasyarakat.

INSAN BERAQIDAH SATU TUNTUTAN

SIAPAKAH INSAN?

Insan adalah makhluk yang diciptakan dengan beberapa persediaan keupayaan untuk hidup seperti keupayaannya untuk berdiri tegak dan bergerak, bertubuh badan sempurna dan berakal, berakhlak mulia dan daya berbahasa yang mudah difahami. Insan adalah makhluk ciptaan Allah SWT. Ia berasal daripada tanah hitam yang kemudian melahirkan generasi demi generasi silih berganti melalui pancutan air yang hina (mani). Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk.” (Al-Hijr: 26)

ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN

PELBAGAI aliran pemikiran, falsafah, peraturan, sistem politik, ekonomi dan sosial ciptaan manusia ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi manusia sejagat. Malangnya, semuanya tewas dan gagal apabila dilaksanakan. Hingga ke hari ini tidak ada satu aliran pun yang dapat memperlihatkan kemampuannya untuk menyesuaikan dengan realiti kehidupan.

AQIDAH ISLAM DASAR KEHIDUPAN

Semenjak kewujudan Adam dan Hawa di muka bumi ini, sudah ternyata bahawa manusia memerlukan peraturan hidup yang sesuai dengan fitrah mereka. Manusia memerlukan peraturan hidup yang boleh memberikan keadilan sejajar dengan sifatnya sebagai insan, boleh mendisiplinkan tingkah laku serta memandu mereka mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Sudah tentu peraturan yang diperlukan itu bukanlah sebarang peraturan. Sebaliknya manusia memerlukan peraturan yang boleh meninggalkan kesan kepada jiwanya lalu menyuburkannya sehingga mampu mengawal segala tingkah laku serta cetusan perasaan dan pemikirannya.

Peraturan itu ialah peraturan rabbani(tasyri’ samawi). Hanya peraturan rabbani sahaja yang mempunyai kemampuan demikian dan tidak mungkin dapat dicapai menerusi peraturan yang dihasilkan oleh tangan manusia.

Sunday, September 12, 2010

RUMAHTANGGA MUSLIM MENJAMIN KELANGSUNGAN DAKWAH

SALAH satu aspek penting dalam persiapan untuk melalui hidup secara Islam adalah menyediakan rumah tangga kita supaya menjadi rumah tangga Muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi (bercirikan tarbiah Islam), melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.

Rencana ini cuba membincangkan persoalan rumah tangga Islam dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak yang bakal memikul taklif (tanggungjawab) Islam. Rencana ini akan menumpukan perbincangan kepada beberapa aspek komunikasi dalam rumah tangga tersebut.

PERSOALAN PALESTIN Tanggungjawab Siapa?

PERSOALAN Palestine merupakan induk persoalan umat Islam. Ia adalah persoalan aqidah di dalam pemikiran umat Islam, bukan sekadar persoalan sebidang bumi yang dirampas atau satu bangsa yang dihalau. Malah ia adalah persoalan yang lebih besar daripada itu. Namun ia tetap merangkumi kedua-dua persoalan di atas.

Persoalan tipu muslihat dan konspirasi Yahudi itu telah dirakamkan oleh al-Quran. Bermula daripada penentangan kaum Yahudi terhadap para nabi yang pernah diutuskan kepada mereka hinggalah kepada sifat memungkiri janji dan pecah amanah serta penyembahan anak lembu ciptaan mereka.

Saturday, September 11, 2010

KESAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Menurut almarhum Abul A'la al Maududi, pengakuan beriman kepada Allah SWT sebenarnya boleh meninggalkan kesan ke atas kehidupan manusia. Malah, katanya, orang yang tidak beriman dengan Allah SWT akan mengalami kegagalan dan kerugian yang besar.

Apakah kesan beriman dengan Allah SWT? Apakah kerugian yang dialami orang yang tidak beriman?

TARBIAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.