Saturday, January 21, 2012

WAHAI MANUSIA! TAHUKAH KAMU BERAPA BANYAK DOSA YANG TELAH KAMU LAKUKAN PADA HARI INI?

WAHAI MANUSIA! TAHUKAH KAMU BERAPA BANYAK DOSA YANG TELAH KAMU LAKUKAN PADA HARI INI?. DOSA MATA, DOSA TELINGA, DOSA HATI, DOSA TANGAN, DOSA KAKI DAN PELBAGAI DOSA-DOSA LAIN YANG KAMU SEDARI ATAU TIDAK SEDARI. JUSTERU MULAI SAAT INI, BERUSAHALAH UNTUK MEMPERBAIKI DIRI KERANA ALLAH AMAT MENGASIHI HAMBA-HAMBANYA YANG SELALU BERTAUBAT DAN KEMBALI KEPANGKUANNYA UNTUK MENJADI SALAH SEORANG YANG DIKASEHI.
BILA KASEH ALLAH TELAH MULA BERSEMI, KAU AKAN MENUJU KE MAKAM YANG TERPUJI BERSAMA MEREKA YANG MENCINTAI DAN DICINTAI OLEH ALLAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI. DAN KETAHUILAH OLEHMU BAHAWA PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI ITU LEBIH HEBAT DARI PENCIPTAAN MANUSIA YANG SERING ALPA DIRI BAHKAN ADA YANG TAK SEDAR DIRI. INGATLAH DALAM SEHARI MALAIKAT MAUT DATANG MENZIARAHIMU SEBANYAK 70 KALI, MENJENGOKMU KETIKA KAU BERSAMA DUNIAMU ATAU TATKALA KAU BERSENDIRI, LALU PERNAHKAH KAU MERASAI ATAU TERLINTAS DALAM HATI SEBENTAR LAGI KAU AKAN MATI?





YA! DETIK DEMI DETIK MENYUSURI UMURMU YANG TELAH KAU LUNASI, LANTAS BERLALU PERGI BERSAMA MASA YANG TAK AKAN KEMBALI. HIDUP DI DUNIA HANYA SEMENTARA DAN HANYA SEKALI ITUPUN HAKIKATNYA TAK SAMPAI SEHARI, BERBANDING HIDUP DI AKHIRAT NANTI YANG MANA SEHARI DI SANA UMPAMA SERIBU TAHUN DI SINI MALAH IANYA KEKAL ABADI. INILAH PERINGATAN UNTUK HARI INI YANG WAJIB ENGKAU INSAFI SEBELUM ESOK TIADA LAGI KESEMPATAN UNTUK MENATAPI SINAR MENTARI YANG TIDAK MUNGKIN MENEPATI JANJINYA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI.


ANDAI ESOK ENGKAU AKAN PERGI MENINGGALKAN DUNIA INI BUAT SELAMA-LAMANYA ITULAH PERMULAAN KEPADA KEHIDUPAN BARU YANG AKAN KAU TEMPOHI JUGA BUAT SELAMA-LAMANYA. LANTAS SUDAHKAH KAU BERSEDIA? SUDAHKAH MERASA YAKIN PADA APA YANG KAU ADA? ADAKAH APA YANG KAU ADA SEKARANG INI MERUPAKAN BEKALAN SEBENAR UNTUK KE SANA? INGATLAH! SEBAIK-BAIK BEKALAN UNTUK KE SANA ADALAH TAQWA DAN TAQWA ITU ADALAH UNTUK JIWA YANG MEMERLUKAN KETENANGAN. DENGAN JIWA YANG TENANG INILAH KAU DISAMBUT PENUH KEMESRAAN DENGAN ALUNAN TERIAKAN; “HAI JIWA-JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN HATI YANG PUAS LAGI DIREDHAINYA, MASUKLAH KE DALAM JEMAAH HAMBA-HAMBAKU, DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGAKU ” [AL-FAJR(89): 27-30] 


SUDAH TENANGKAH JIWAMU SEKARANG? SUDAH PUASKAH HATI MU SEKARANG DENGAN APA YANG KAU AMALKAN? SUDAH PASTIKAH ENGKAU AKAN MENDAPAT RAHMAT DAN KEREDHAAN DARINYA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGANYA? JAWAPLAH WAHAI JIWA, JAWAPLAH DENGAN TELUS DENGAN JAWAPAN YANG PALING BAGUS.

“HAI MANUSIA! TELAH DATANG KEPADAMU BUKTI KEBENARAN DARI TUHANMU (MENERUSI MUHAMMAD DENGAN MUKJIZATNYA) DAN TELAH KAMI TURUNKAN KEPADAMU CAHAYA YANG TERANG BENDERANG (AL-QUR’AN) SEBAGAI PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT. ADAPUN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERPEGANG DENGANNYA (MENGIKUTI MUHAMMAD DAN AJARAN YANG DI BAWA OLEHNYA) NISCAYA ALLAH AKAN MEMASUKKAN MEREKA KE DALAM RAHMATNYA YANG BESAR (SYURGA) SERTA LIMPAHAN KURNIANYA. DAN MENUNJUKI MEREKA KEPADA JALAN YANG LURUS (DEEN ISLAM) UNTUK SAMPAI KEPADANYA.” [AN-NISA'(4): 174-175]


SEMOGA ENGKAU DAN AKU AKAN BERTEMU DENGAN DIA YANG MENCIPTAKAN ENGKAU DAN AKU DAN KETIKA ITU BARULAH ENGKAU DAN AKU TAHU BAHAWA DIALAH ALLAH YANG MAHA ESA, ALLAH YANG SATU. SEKIRANYA KAU MASIH LAGI TAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA MEREKA YANG TAHU KERANA TIDAK SAMA ORANG YANG TAHU DENGAN ORANG YANG TIDAK TAHU.

No comments:

Post a Comment